Assalaamu`aalaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Muslimin dan muslimat yang dirahmati ALLAH,
Terlebih dahulu saya meminta maaf sekiranya mesej ini mengganggu anda. Tujuan saya hantar mesej ini ialah untuk mengajak anda yang berminat untuk mengerjakan umrah bersama saya. Sebelum ini rasanya saya ada menghantar mesej seperti ini pada tahun lepas.
Sekiranya anda berminat untuk mengerjakan umrah maka disini saya mengajak anda semua mengerjakan umrah sambil melihat kesan peninggalan umat silam yang telah dihancurkan ALLAH. Firman ALLAH : " Apakah mereka tidak mengembara diatas muka bumi ini melihat balasan yang ALLAH telah timpakan ke atas ummah yang terdahulu yang telah mendustakan ayat-ayat ALLAH"
Mengerjakan umrah merupakan hasrat setiap muslim dan muslimah. Namun begitu ramai yang telah mengerjakan umrah menyangka ibadah yang mereka laksanakan sudah menepati apa yang di lakukan oleh Nabi Sallallaahu`alaihi wasallam. Sewaktu mengerjakan umrah mereka membaca atau menghafaz semua doa' yang dimuatkan didalam kitab- kitab haji dan umrah yang melambak dijual di kedai-kedai buku. Adakah ini yang dituntut ketika mengerjakan umrah sedangkan hanya sebilangan kecil sahaja doa' yang diamalkan oleh Nabi Sallallaahu` alaihiwasallam, apakah doa-doa itu ? Adakah boleh kita menyaringkan suara sewaktu tawaf sebagaimana dilakukan oleh sebahagian jama'ah atau para Mutawwif ( Pembimbing ), yang dapat mengganggu orang lain yang sedang khusyu` melakukan tawaf ? Inilah yang menjadi salah satu sebab mengapa saya mengajak anda semua mengerjakan umrah bersama saya.
Kerana yang paling penting sekali didalam mengerjakan umrah adalah melaksanakan umrah dengan cara yang betul.Sekarang ini memang banyak syarikat dan penganjur yang mengendalikan umrah tetapi apa yang saya lihat ramai pembimbing syarikat dan penganjur melakukan kesilapan sewaktu membimbing jemaah.
Oleh kerana saya bekerja maka saya tak boleh lah mengerjakan umrah sepanjang tahun. Sejak saya mula membawa jemaah umrah bermula pada tahun 1994 saya hanya mengerjakan umrah 1 kali sahaja setahun kecuali tahun 2004 dan 2006 sebanyak 2 kali.
Pada tahun ini, insha` ALLAH saya mula bercuti pada 19.3.08 sehingga 16. 6. 08. Saya belum membuat cadangan lagi samada nak mengerjakan umrah sahaja atau sambil melawat negara lain seperti Jordan atau Syria atau Kaherah. Saya perlu feedback dari jemaah dahulu barulah boleh membuat keputusan. Setakat ini ada yang nak pergi umrah sahaja dan ada juga yang nak melawat ke tempat lain. Besar kemungkinan saya akan pergi 2 trip tahun ini.
Insha` ALLAH trip pertama nanti saya akan mengerjakan umrah dalam bulan April, manakala trip kedua dalam masa cuti sekolah bulan Mei 2008. Kalau ramai ramai yang nak ikut serta, satu group ke Makkah sahaja dan satu group lagi Umrah dan ziarah ke negara Arab yang lain.
Saya pernah ke Jordan pada tahun 1994, 1995,1996 dan 2007. 4 Kali pergi ke Jordan dalam perjalanan ke Makkah. Saya pergi ke Jordan kerana orang-orang yang ikut saya nak melawat Baitul Maqdis. Alhamdulillah kami dapat melawat Baitul Maqdis tahun 1995 dan 1996. Walaubagaimana pun sekiranya anda nak mengerjakan umrah sahaja tanpa lawatan saya akan mengikut sahaja.
Walaubagaimana pun saya lebih suka kalau anda ikut saya pada bulan April ini kerana pada musim cuti sekolah, selain harga tiket naik 200RM – 300RM, jemaah umrah juga sangat ramai nanti terutamanya dari Malaysia. Mengikut perangkaan tahun-tahun lepas seramai 15000 rakyat Malaysia membanjiri Makkah pada musim cuti sekolah Mei/Jun,
Alhamdulillah, setiap tahun saya mengerjakan `umrah sambil mengembara ketempat lain.
- Tahun 1994 umrah/Jordan.(15 hari – 2 malam di Amman,
Jordan )..Jumlah jemaah 15 orang. dan harga pakej 3200 RM.
- Tahun 1995 umrah/Jordan/Baitul Maqdis ( 18 Hari - 1 malam diAmman,Jordan, 2 mlm Baitul Maqdis ) . Jumlah jemaah 14 orang dan harga Pakej 3800RM.
- Tahun 1996 umrah/Jordan/Baitul Maqdis 15 hari (tak puas pergi sekali ke Baitul Maqdis lebih-lebih lagi ianya tempat suci yang ketiga selepas Makkah dan Madinah ). Jumlah jemaah 11 orang dan harga Pakej 3600 RM.
- Tahun 1997 umrah/ Lubnan ( 14 hari ). Jumlah jemaah 6 orang dan harga pakej 3300 RM
- Tak pergi kerana tak ada rezki. Semuanya ALLAH yang tentukan.
- Tahun 1999 umrah/Istanbul lagi kerana tak puas melawat Istanbul pada kali yang pertama. Jumlah jemaah 9 orang dan harga Pakej 3600 RM. - Tahun 2000 tak pergi kerana tiada rezki.
- Tahun 2001 umrah/ Istanbul/ Mesir.(18 hari – 2 hari Istanbul dan 5 hari di Kaherah ) . Jumlah jemaah 8 orang dan harga Pakej 4000 RM.
- Tahun 2002 umrah/Dubai.( 14 hari ).Jumlah jemaah 11 orang dan harga Pakej 3300 RM
- Tahun 2003 umrah/ Dubai ( 14 hari ) . Jumlah jemaah 10 orang dan harga Pakej 3400 RM dan awal Ramadhan umrah/mas 15 hari.. Harga pakej 4000 RM ( peak season ).
- Tahun 2004 umrah/Bahrain ( 15 hari ) Jumlah jemaah 7 orang dan harga Pakej 3500 RM dan pada bulan March 2004 saya pergi ke China selama 9 hari.
- Tahun 2005 umrah/ Berunai ( 15 hari ) . Jumlah jemaah 23 orang dan Harga Pakej 3600 RM
- Mei 2006 umrah/Qatar ( 15 hari ) . Jumlah jemaah 25 orang dan harga Pakej 4100 RM dan cuti sekolah Jun 2006 ( 14 hari ) .Jumlah jemaah 9 orang dan harga Pakej Harga Pakej 4300 RM ( Peak season ).
- Cuti sekolah Mei 2006 umrah/Amman ( 14 hari ) Jumlah jemaah 25 orang dan harga Pakej 5000RM
Buat masa sekarang kita tak tahu lagi bilakah visa umrah mula dibuka. Oleh itu saya tak galakkan pergi pada awal bulan March dan tengah bulan March. Saya pula bercadang nak pergi pada hujung bulan March atau awal April dan cuti sekolah Mei nanti. Sekarang ini saya masih menunggu jawapan dari jemaah tentang tarikh yang sesuai untuk pergi.
Berkaitan masalah harga pula, buat masa ini saya tak dapat nak tetapkan harga lagi kerana sehingga sekarang semua syarikat penerbangan belum mengeluarkan harga lagi. Apa yang anda lihat iklan dalam suratkhabar hanyalah anggaran mereka sahaja dan besar kemungkinan besar harganya akan berubah apabila syarikat penerbangan mengeluarkan harga nanti. Begitulah yang berlaku setiap tahun, ada yang tertunda , ada yang terkandas dan bermacam-macam kes yang berlaku. Mereka berlumba-lumba mengiklankannya walaupun harga tiket tak disenaraikan oleh oleh syarikat-syarikat penerbangan kerana berebut-rebut nak mencari pelanggan dan mengikat mereka.
Insha` ALLAH , saya akan senaraikan harganya sebaik sahaja semua syarikat penerbangan mengeluarkan harganya. Cuma kalau anda nak kan anggaran harga insha ALLAH saya boleh berikan Biasanya harga pakej ketika cuti sekolah biasnya naik antara 200 RM - 300RM. Masalah disini bukan terletak pada harga , walau pun harganya naik tetapi ramai orang yang ada masa pada waktu itu.
Masalah yang rumit pada waktu cuti sekolah ialah untuk mendapatkan seat pesawat kerana terlalu ramai orang nak pergi cuti sekolah.Mengikut rekod tahun lepas seramai 15000 rakyat Malaysia mengerjakan umrah sewaktu cuti sekolah. Bayangkanlah berbelas ribu rakyat Malaysia mengerjakan umrah cuti sekolah, oleh itu semua pesawat yang beroperasi ke Jedah tak dapat nak menampung jemaah yang begitu ramai. Setiap tahun ramai jemaah yang nak pergi betul-betul dalam cuti sekolah terkandas dan penerbangan mereka terpaksa ditunda
Saya hanya boleh berikhtiar melalui kawan saya yang bekerja dengan syarikat Saudi airlines dan saya telah pun menempah tiket untuk 25 seats. Kawan saya yang bekerja di syarikat Saudi Airlines , Jedah akan uruskan confirmation ticket dari sana.
Pada tahun ini saya belum buat keputusan lagi nak ziarah ke mana selepas selesai umrah. Ada beberapa tempat yang dicadangkan seperti Kaherah, Istanbul, Jordan atau Syria. Sekiranya ke Jordan , kalau ada rezki boleh menziarahi Al Masjidil Aqsa ..
Ada orang takut nak masuk Baitul Maqdis kerana tidak aman. Ramai orang yang tak faham. Sebenarnya Baitul Maqdis ialah sebuah daerah. AlMasjidil Aqsa terletak dalam daerah Baitul Maqdis Lama ( Old jurusalem). Al Masjidil Aqsa adalah kawasan yang selamat. Kalau tak selamat awal-awal lagi ( sebelum memasuki Baitul Maqdis ) kerajaan Jordan akan menutup boarder. Bayaran untuk ke Baitul Madis pula mahal. Sewaktu saya pergi tahun 1995 dahulu saya dan 14 orang lagi jemaah kena bayar 200USD untuk pakej 3 hari 2 malam di Baitul Maqdis, manakala tahun 1996 pula, saya dan 10 orang lagi jemaah dikenakan bayaran 150USD untuk 2 hari 1 malam . Yang mahal sebenarnya wang hangus, iaitu cukai masuk 27USD, cukai keluar 25USD dan bayar kepada kementerian Dalam negeri Jordan (boader tax ) 20USD. Kalau tak ada cukai2 ini memang murah harganya.
Saya rasa amat gembira bila pertama kali dapat menjejakkan kaki ke AlMasjidil Aqsa kerana memang saya bercita-cita sejak kecil lagi untukmelawatnya , setelah tok guru dipondok saya belajar di Kelantan menceritakan kisah lawatannya ke Baitul Maqdis pada tahun 1965. Ketika itu Baitul Maqdis masih dibawah kawalan kerajaan Jordan. Hanya pada tahun 1967 kerajaan Yahudi merampasnya dalam perang 6 hari sahaja. Sungguh sayang tempat suci ketiga jatuh ke tangan yahudi laknatullaah. Saya rasa sayu sewaktu berada dalam Al Masjidil Aqsa untuk menunaikan solat maghrib dan`isha`. Lama saya terpaku , amat sedih sekali, sama seperti kali pertama kita terpaku dihadapan Kaa`bah. Keesokannya saya mendengar azan sayup dari Al Masjidil Aqsa dan saya nak pergi solat di sana tetapi penjaga hotel tempat kami menginap menasihatkan agar bersolat di masjid berdekatan kerana bimbangkan keselamatan, maklumlah tengah gelap dan untuk ke Al Masjidil Aqsa kita mesti masuk kota lama Baitul Maqdis ,melalui rumah-rumah lama dan lorong-lorong yang berliku, seolah-olah kita hidup beratus-ratus tahun yang lampau. Saya tak puas tinggal diBaitul Maqdis 2 malam, sedih rasanya meninggalkan Baitul Maqdis , sama sedihnya ketika saya nak kembali ke tanah air selepas tamat belajar diMadinah 20 tahun dahulu. Insha` ALLAH, saya berazam, kalau panjang umur, sekiranya Baitul Maqdis jatuh ke tangan umat Islam kembali ,saya bercadang nak tinggal sebulan di sana. Mengikut hadith apabila yahudi di usir keluar dari Baitul Maqdis, itu tandanya amat hampir dengan qiamat.
Kalau tak dapat melawat Baitul Maqdis kita boleh melawat Amman , Jordan seperti melawat laut mati, Gua Ashaabul kahfi, maqam Nabi Shua`ib ( Wallaahu `aa`lam ) , Roman Amphiteater dan lain-lain tempat lagi. Sekiranya ada cadangan nak melawat Dimasyq ( Damshiq ), Syria bagus juga kerana Damshik juga merupakan satu destinasi yang penting kerana ianya sebagai pusat pemerintahan Bani Umayyah selepas pemerintahan Al Khulafa` Ar Raashidin . Banyak kesan peninggalan zaman silam dan kesan Bani Umayyah di Damshik. Dari Amman, Jordan ke Damshiq hanya 2 atau 3 jam perjalanan dengan bas dan rakyat Malaysia tidak perlu mohon visa memasuki Jordan dan Syria.
Saya ini bukan travel agensi , Saya sendiri yang uruskan makan minum dan pengangkutan semasa di Tanah suci. Dalam erti kata lain macam backpack juga. Untuk lawatan kita boleh bincang bila nak melawat ke tempat-tempat bersejarah di Makkah dan Madinah. Begitu juga penginapan, nak yang murah, yang mahal semua boleh .
Sejak tahun 1994 hingga tahun lepas kami bermalam di Madinah 3 malam kerana tak puas 2 malam, lebih-lebih lagi saya pernah tinggal selama 6 tahun di Madinah. Pernah saya bermalam 4 malam di Madinah, rasanya sebanyak 2 kali. Tahun ini tak tahu lah nak tinggal berapa malam di Madinah. Kalau mahal sangat 3 malam sahaja lah nampaknya.
Kos pengangkutan pula seperti berikut:
Bas Besar ( 45 passengers ) : 2500RM
Coaster ( 25 passengers ) : 1700RM
Van/GMC : 1200RM
Ini ialah harga pada tahun-tahun lepas. Pada tahun ini rasanya tidak berubah.
Kos pengangkutan juga bergantung kepada bilangan jemaah. Kalau jemaah ramai dapat jimatkan kos tetapi kalau sedikit susah lah nak cover. Begitu juga penginapan , kalau ramai mungkin 1 atau 2 orang dapat percuma.
Sekiranya rombongan kita dalam lingkngan 18 orang ke atas biasanya saya sewa bas besar yang bermuatan 45 orang kerana ianya lebih selesa.
Tentang penginapan pula memang sejak dahulu lagi kami menginap di bilik yang mempunyai bilik air didalamnya, bermakna bilik air tidak berkongsi dengan orang dari bilik yang lain.Yang mana berkelamin saya letakkan 2 orang sebilik. Ceramah atau tazkirah akan diadakan dan disampaikan oleh saya sendiri, insha` ALLAH.
Harga pakej saya rasanya yang termurah kerana saya sendiri yang uruskan semuanya seperti urusan penginapan,. Saya sendiri yang akan menjadi travel guide.
Jangan bimbang ya ! Saya tinggal 6 tahun disana semasa belajar dahulu. Saya hanya dapat pergi ke Makkah sewaktu cuti semester sahaja kerana saya bekerja sebagai seorang pensyarah disalah sebuah IPT.. Saya dapat kendalikan sendiri kerana pengalaman saya sewaktu belajar di Madinah dari akhir tahun 1979 hingga 1985. Saya mempunyai banyak pengalaman semasa disana, termasuk pengalaman mengendalikan kebajikan jemaah haji , mencari jemaah haji yang sesat , cara nak berkomunikasi dengan tok `Arab yang kasar dan lain-lain lagi. Diantara pengalaman yang tak dapat dilupakan ialah mencari jemaah yang hilang. Ada diantara jemaah yang hilang tak dapat dikesan oleh pihak tabung haji tetapi saya ada cara yang tersendiri untuk mengesanya sehingga saya dapat menemui mereka yang sesat ini. Cerita ini panjang .Mungkin lain kali saya akan ceritakan, insha` ALLAH.
Setelah saya kembali ke Malaysia tahun 1985 saya hanya dapat megerjakan umrah pada tahun 1989 ,iaitu dalam perjalanan untuk menyambung pelajaran. kemudian pada tahun 1994 saya mula membawa jemaah . ketika itu saudara-mara dan sahabat berhasrat nak berumrah. Apabila mereka beritahu saya terlintas untuk menolong mereka kerana dari pengalaman saya ramai jemaah haji dan umrah melakukan kesalahan ketika berhaji dan berumrah. Saya terfikir kenapa nak biarkan mereka pergi dengan syarikat atau penganjur yang lain ,yang mana setahu saya semenjak saya masih belajar disana, pihak syarikat akan serahkan kepada wakil di sana, iaitu orang melayu Malaysia, Indonesia atau Patani yang tinggal disana. Sewaktu ziarah pula wakil ini akan cari seorang tour guide untuk memberi penerangan kepada jemaah . Saya juga pernah menjadi tour guide semasa saya belajar disana dulu. Yang jadi masalahnya selalu juga pelajar sibuk , jadi wakil disana akan cari siapa sahaja yang boleh jadi tour guide. Dengan itu mungkin penerangan yang disampaikan itu salah. Kita tak tahu samada mereka mempunyai pengetahuan tentang agama atau tidak. Ada yang duduk bekerja sendiri disana dan mengaku belajar. WALLAHU `AA`LAM.
Selama hampir 6 tahun saya belajar di Universiti Madinah saya terlibat secara langung dengan urusan haji dan umrah . Saya pernah diambil oleh Tabung Haji dan ditempatkan di zon atau maktab (pejabat ) ,pernah juga saya berkhidmat di bahagian hospital . Setiap hari saya akan berulang alik dari pejabat tabung haji dan hospital-hospital di Madinah meninjau jemaah haji Malaysia sekali gus menjadi perantara diantara pejabat tabung haji dengan hospital2 di Madinah. Saya juga pernah menjadi Tour Guide dengan berbagai-bagai syarikat diMalaysia termasuk syarikat MAS sewaktu musim umrah.
Sebelum ini saya hanya pergi setahun sekali sahaja kecuali dalam tahun 2004 saya pergi 2 kali iaitu bulan 6 dan bulan puasa.Sebelum bulan puasa saya tak dapat lagi taqwim semester . Selepas saya pulang umrah barulah taqwim untuk semester baru keluar dan saya dapati bulan puasa dalam tahun tersebut cuti. Jadi saya pun pergi juga sekali lagi kerana nak rebut pahala besar dalam bulan puasa. Apabila saya bersuara nak pergi umrah selalunya kawan-kawan ,jiran dan orang-orang kampung akan Tanya kerana nak tumpang pergi sama.
2 tahun lepas , Alhamdulillah saya dapat berumrah 2 kali juga , kali pertama dari 5.5.2006 hingga 18.5.2006 seramai 23 orang jemaah dengan harga pakej 4100RM. Oleh kerana ada lagi orang nak pergi tapi tak sempat kerana mereka beritahu saya lambat maka saya suruh mereka tunggu saya pulang untuk mengendalikan urusan . Setelah saya siap buat urusan Alhamdulillah saya berangkat untuk kali kedua dari 13.6.2006 hingga 27.6.2006 ( 15 Hari ) seramai 9 orang sahaja tetapi travel agensi pass kan jemaah dia seramai 7 orang . Jadi jumlahnya 16 orang .
Sebenarnya tidak ramai orang ikut saya ( sila lihat jumlah jemaah yang saya catitkan diatas ). Walau pun jemaah yang ikut sedikit sekiranya saya nak pergi saya tak kisah samada ramai atau sedikit kerana saya tak fikirkan sangat soal keuntungan. Selalunya saya tak dapat percuma ( saya pun kena keluar duit juga ) kerana jemaah tak ramai.
Sebagaimana yang saya telah jelaskan bahawa pada tahun 2004 ,dalam bulan puasa hanya 7 orang yang mengikut saya mengerjakan umrah . Di Makkah, kami yang seramai 8 orang menaiki bas yang sama dengan rombongan 35 orang dari sebuah agency di Johor untuk melawat persekitaran Makkah. Sepatutnya saya menaiki bas yang saya sewa sendiri tanpa bercampur dengan orang lain tetapi oleh kerana muassasah (consortium) nak untung maka dicampurlah kami dengan rombongan lain. Saya boleh berkeras dan melaporkan kepada kementerian Haji Arab Saudi tetapi saya tak mahu melakukan demikian kerana memandangkan bulan puasa yang mulia. Tahun 2003 dulu saya pernah ugut nak laporkan kepada kementerian Haji Arab Saudi , apa lagi wakil konsortium merayu-rayu saya dan diberinya bas yang besar kepada rombongan saya yang hanya berjumlah 11 orang sahaja.
Berbalik kepada cerita tadi ketika bas nak bertolak saya hanya berdiam diri tak mahu tampil kedepan kerana maklumlah saya sedar rombongan saya hanya 8 orang sedangkan mereka 35 orang, sudah tentu meeaka ada tour guide tetapi apabila saya tak nampak seorang pun yang maju kedepan lantas saya pun mengambil mikrofon dan tanya siapakah ketua rombongan dari Johor tadi, kemudian tampil seorang haji (rombongannya panggil dia ustaz dan memang orang panggil ketua rombongan umrah sebagai ustaz walau pun dia bukan ustaz – senang dapat title ustaz ya, bawa rombongan umrah orang akan panggil ustaz atau ustazah ???). Saya hulurkan microphone kpdnya minta dia jadi tour guide tetapi dia jawab tak tahu nak cakap apa. Katanya tour guide rombongannya ( orang yang tinggal di Makkah ) ada hal dan tak dapat datang. Saya rasa kasihan kepada jemaah itu lalu saya bertindak menjadi tour guide. Kawan-kawan saya seramai 7 orang itu semuanya ustaz-ustaz lecturer dari UM dan UIA. Kalau saya nak terangkan kepada mereka pun cukuplah secara ringkas sahaja tetapi kerana kasihankan jemaah yang ramai itu saya terpaksa berikan penerangan dengan panjang lebar. Rakan-rakan saya suruh saya minta tips dari ketua jemaah kerana memang ketua jemaah mesti bayar kpd tour guide sebanyak 150RM tetapi saya tak melakukan demikian kerana saya inginkan pahala ,lebih-lebih lagi bulan puasa. Walaubagimana pun ketua rombongan itu masukkan dalam kocek saya 50 Rial.
Sebenarnya dah 3 kali saya alami peristiwa yang sama sebelum ini. Kasihan jemaah ya ! Tujuan saya bawa cerita ini ialah untuk mengingatkan kepada semua kalau kita nak pergi umrah seboleh-bolehnya pergilah dengan orang yang pernah belajar disana kerana dia tahu selok belok disana lebeh-lebeh lagi ramai ketua rombongan ( termasuk ustaz-ustaz dan ada yang hafiz ) yang memimpin jemaah umrah melakukan perkara yang salah semasa mengerjakan umrah. Kita dah habiskan wang yang banyak untuk umrah ,sudah tentu kita inginkan ibadah yang sempurna.
Untuk maklumat anda kenapa saya beria-ria sangat mengajak orang pergi umrah dengan saya . Selain dari tujuan untuk berdakwah dan membimbing jemaah supaya melakukan umrah dengan cara yang betul mengikut cara yang dilakukan Nabi sallallahu `alaihi wasallam ada satu lagi sebab,iaitu berkaitan dengan syarikat agensi.
Sejak saya mula membawa jemaah berumrah dah 10 kali saya bertukar egensi untuk membeli tiket. Saya ada senarai egensi yang di black list oleh caterer di Makkah dan Madinah . Kebanyakan caterer di Makkah dan Madinah itu kawan-kawan saya . Mengapa egensi2 ini di black list ? Sebab tak bayar wang makan. 2 Tahun lepas salah seorang kawan saya (caterer ) pulang ke Malaysia dari Makkah menjejaki beberapa syarikat yang berhutang dengannya sebanyak lebih kurang 100000 Saudi Rial.
Masalahnya jemaah membayar pakej penuh dan ini termasuk wang makan dan hotel tetapi ada sesetengah egensi yang tak membayarnya di Makkah dan Madinah.
Dalam erti kata lain anda bayar pakej penuh kepada ejensi untuk berumrah tetapi mereka inilah yang tak bayar kpd Caterer di Makkah dan Madinah. Egensi dan penganjur umrah yang jujur hanya berhutang sahaja tetapi ada yang tidak jujur dan sengaja tak mahu bayar. Mungkin pada mulanya mereka hanya nak berhutang sahaja untuk nak pusing duit atau modal tetapi lama kelamaan hutang yang tertunggak itu menjadi banyak dan berat nak membayarnya. Apabila caterer minta bayar macam-macam dalih mereka. Akhir sekali caterer ini tak mahu lagi berurusan dengan mereka. Dengan itu mereka akan pergi kepada caterer lain pula dan dibuatnya macam itu juga. Begitulah mereka lari dari satu caterer kepada yang lain. Egensi dan penganjur umrah penipu ini sudah tentu banyak wang kerana tak bayar wang makan kepada caterer sedangkan jemaah bayar harga pakej penuh kepada mereka. Caterer pula tak sampai hati tak beri makan kpd jemaah umrah kerana mereka dah bayar kpd ejensi .
Selain itu ada juga syarikat ejensi dan penganjur umrah yang di black list oleh tuanpunya2 hotel yang pernah mereka tempatkan jemaah mereka menginap kerana masih berhutang dengan hotel-hotel itu.
Namun begitu yang paling penting sekali ialah handaklah mencari orang yang pandai tentang haji dan umrah kerana banyak kes yang berlaku penganjur atau pembimbing yang kurang faham mengenai haji dan umrah mengeluarkan berbagai-bagai fatwa yang salah kepada jemaah mereka. Insha ALALH saya akan terangkan nanti.
Untuk pengetahuan semua, mengerjakan haji dan umrah ini amat mudah sekali.Kita hanya perlu kerjakan rukun2 dan wajib-wajib haji sahaja. Tiada bacaan yang Khusus, terpulanglah nak baca apa sahaja. Ada pun buku2 haji dan umrah yang banyak berada dipasaran yang memuatkan berbagai-bagai bacaan hanyalah dikarang oleh ulama sahaja sedangkan Nabi sendiri tidak mengkhususkan bacaan. Jadi jangan keliru ya kerana saya banyak bertanya orang kenapa tak pergi haji atau umrah . Mereka jawab susah nak melancar bacaan ( doa ). Ini sudah salah kerana tiada bacaan yang khusus untuk melaksanakannya. Menyedari kesilapan ini Alhamdulillah saya telah pun mengarang sebuah buku tentang haji dan umrah. Sebelum ini saya attach kan buku ini kepada sesiapa yang memintanya tetapi sekarang saya tak boleh attach kan lagi kerana ianya akan diterbitkan oleh Al hidayah Publisher. Walaubagaimana pun saya boleh attach kan ringkasannya.
Untuk pengetahuan anda juga, sekiranya saudara daftar dengan syarikat travel agensi, kalau jemaahnya tak sampai 20 orang pihak travel tak akan pergi, mereka akan pass kan kepada orang lain, sebagaimana syarikat travel pernah pass kan jemaah mereka kepada saya.
Saya harap dapat menguruskan visa pada tahun ini dengan cepat kerana tahun lepas lain dari tahun-tahun yang sebelumnya. Kalau sebelum tahun lepas, selepas 2 hari visa keluarkan tetapi tahun lepas lain pula. ramai yang terkandas. Alhamdulillah saya dapat pergi mengikut jadual kerana saya memang sentiasa berhati-hati dan saya buat berbagai-bagai andaian tentang visa umrah ini sebelum membuat keputusan
Oleh itu nasihat saya berhati-hatilah supaya umrah kita benar-benar mabrurah.
Dengan ini saya mengajak sesiapa yang berminat nak ikut serta boleh lah e mail kat saya secepat mungkin kerana saya bercadang nak pergi pada hujung Mei atau bulan April . Harap warwarkan juga kepada kenalan dan saudara mara anda. Seperti yang saya jelaskan kalau makin ramai makin murah kerana boleh cover bayaran bas.
Sekian semoga penjelasan saya ini bermanfaat. Saya juga minta maaf kerana hantar mesej yamg panjang. Saya sebenarnya nak terangkan apa yang biasa berlaku sebelum dan sewaktu mengerjakan umrah agar jadi panduan bagi yang membaca.
Semoga kita semua dirahmati ALLAH. Aamin.Ya RABBAL `AALAMIN. Wassalaamu`alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Saudaramu Sesama Islam
naasiha@yahoo.com